seorang pelajar yang ingin meneruskan masa depannya dengan menyambung pelajaran di menara gading dengan harapan mendapat masa hadapan yang cerah. betapa sucinya niatnya untuk meneruskan sisa-sisa hidupnya dengan meneruskan niat yang suci dengan menimba ilmu dengan penuh ketaatan.
tetapi semua itu berubah setelah. . . . . . . . . . .
dia ditawarkan belajar di kolej yang terletak di Kuala Lumpur , bandar metropolitan. memang itulah impian nya, nak sangat sambung study kat sana. katanya , nak belajar berdikari, tak nak nyusahkan mak bapak kat kampung.
Pada mulanya semuanya okey, dia belajar dan sebagainya.
Tetapi, akibat tersalah pilih kawan, dia mula ponteng kelas , lambat bangun , ponteng , lambat bangun dan ponteng. Sehinggakan kawan-kawannya takut nak beritahu kat pensyarah yang dia ni sebenarnya malas nak turun kelas. Dah banyak kali jugak lah kawan-kawan dia nasihat tapi , hampesss, masuk telinga kanan keluar kiri pulak. Kalau dah degil tu , degil jugak lah jawab nya kan.
Dia nie jugak suka sangat copy and paste assigment orang lain. tu lah perpatah budak institut-institut ni . alahai, macam tak biasa. Tapi dia ni, suka copy and paste tapi tak faham apa yang dia buat, macam mana otak nak jalan kan. Kawan dia ni pulak suka bawa dia ni kuar , dah tu melencong lah ke sana sini. Esok-esok tak masuk kelas lagi, bukan lambat bangun lagi , ni haa , dok check in pulak dha. mula nak enjoy tak tentu pasal. padahal, motif dia nak ke sana untuk study, bukannya nak buat kerja yang tak berfaedah tu. Mula lah peragai yang tak sepatutnya. bukan saja dah pandai check in, pandai pula la dia nak gi clubbing ni. menari pakai baju yang ketat-ketat macam tak cukup kain. mak bapak dia langsung tak tau "aktiviti" anak mereka di sana. duit yang mak bapak dia bankin setiap bulan, habis di buang dengan benda yang tak berfaedah tu.
harap-harap insaf la wahai budak.
Kawan dia ni pulak suka ambil kesempatan, I mean , if dia ni nak pergi mana-mana , duit mesti bagi kalau tak , tak jadi kud plan dia orang tu. Saiko habis kawan dia sorang ni. Ramai gak lah tak suka dengan kawan dia ni, tapi dia ni sebok dok layan peragai kawan dia tu. Huhu , biasa lah kawan sejati. Then, kawan sejati mula main peranan, dia ambil kesempatan nak jatuh kan dia ni pulak. Last-last, kawan makan kawan pulak. Tu lah manusia , dah elok berkawan , gaduh , masing-masing tak nak mengaku kalah , masing-masing nak menang je. Biasa lah tu kan , kehidupan remaja banyak akan meninggalkan kenangan bagi semua orang. Remaja adalah tahap yang kita mula rasa diri kita boleh berdikari tapi tidak sebenarnya perlu di ambil perhatian juga.
Naik semester seterusnya, kawan dia tu, dah pindah kat kolej lain. Dia pulak, teruskan pelajaran nya. Dia mula sedar yang dia pernah buat salah dengan kawan-kawan nya yang lain. Oleh disebabkan itu, dia mula tekun untuk belajar. Mula-mula ragu tapi terkedu pulak melihatnya , dia boleh buat apa yang sepatutnya dia cuba nak buat sebelum ni. Padahal sebelum nie dok tahu copy and paste saja , tapi sekarang dia pandai buat assigment yang disuruh. Kerja berkumpulan pulak dia selalu jadi ketua sebab semua orang percaya dia yang dia boleh buat dengan baik. Dia juga ketua yang pandai bahagikan kerja-kerja yang sepatutnya dengan ahli kumpulan yang lain.
Semester demi semester dia tekun untuk dapat kan AKJ bukan AJK okey..hehe :) semester last ni , dia berharap yang dia akan dapat AKJ lagi dan yang paling terbaik. Dia belajar dengan gigih sampaikan ke malam dan sampai ke pagi. Akibat tidak cukup tidur , dia sakit. Dia sakit dalam beberapa minggu, dia banyak ketinggalan pelajarannya, dia rasa sedih sangat. Tapi, akibat dia bersungguh-sungguh untuk capai matlamat dia, dia tanya dengan pensyarah-pensyarah nya dan ambil kelas tambahan pula. Dia pandai membahagikan kerjanya dengan rehatnya. Final mula dekat, dia juga mula berasa sangat bersemangat.
Final sudah bermula , dia sudah bersedia. Dia menjawab dengan tenangnya. Dan menjawab dengan senyuman nya. Ya , mungkin apa yang dia pelajari dia dapat buat . paper demi paper, final exam tamat lah sudah. Dan habis lah sudah pembelajaran nya, Cuma yang tinggal hanyalah untuk mengetahui apa yang dia dapat selepas ini.
Yeahh , keputusan sudah tiba .. keputusan yang dia dapat sangat-sangat cemerlang , sampaikan dia sendiri tak percaya. Dia sangat berterima kasih pada yang membantu dia selama ini, kalau dia masih berperagai macam dulu , mesti dia khayal sampai sekarang. Syukur alhamdulillah dia sudah berjaya dengan jaya nya .. apa yang dia ingin kan dan pendamkan , kini menjadi nyata ..
bak kata pepatah , di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. :)
No comments:
Post a Comment